Monday, March 26, 2012

Cinta Mu Mekar Di Hati Part 1

Cinta . Tidak boleh diungkap dengan kata-kata tapi kejujuran dalam percintaan boleh dirasai oleh yang bercinta . Hana seorang gadis beperwatakan sopan santun merupakan pelajar jurusan seni layar lakon . Pada Hana semua lelaki adalah sama saja . Hanya mementingkan keseronokkan dan mengikut hawa nafsu . Ramai lelaki yang cuba mendekati Hana tetapi tidak berjaya . Hana kerap kali teringatkan kisah yang terjadi kepadanya 10 tahun yang lepas . Lamunannya terhenti pabila terdengar suara yang memanggil namanya . " Hana!Oh Hana . Kau dengar tak ni " pekikan daripada Wani menyebabkan Hana kembali ke dunia realiti . " Aku dengar Zack budak hot dalam kolej ni nak mengayat kau . Apesal kau tolak dia Hana ? Kalau betul pun kau tak nak dekat dia,kau kenalkan dia kat aku " Wani membebel . Bukan Hana tak mahu menerimanya,tetap dia dah cukup masak dengan perangai lelaki . Hana berlalu tanpa menghiraukan Wani yang sedang asyik membebel . Hana tahu kalau dia tidak segera meninggalkan tempat itu lebih banyak lagi rakan karibnya itu akan berleter . Hana terus berlalu menuju ke perpustakaan untuk menelaah pelajaran . Mana kan tidaknya, peperiksaan semakin dekat . Dia tidak mahu peperiksaan kali ini akan gagal sekali lagi . Zack merupakan seorang jejaka yang dipuja di kolej . Ciri luaran yang hensem menjadi kunci utama dia dipuja-puja oleh golongan gadis di dalam kolej . Pada Zack cinta tak membawa sebarang erti . Dia tidak pernah merasa nilai cinta yang sebenarnya . Sudah beberapa gadis yang berpacaran bersama dia tetapi dia masih tidak dapat merasai apakah erti sebenarcinta yang sering diperkatakan oleh orang lain . Akan tetapi,pertemuan Zack dan Hana sejak dari hari itu telah membuatkan hatinya sedikit tidak tenteram . Dia tidak tahu kenapa dia jadi sebegini . Setiap kali dia pasti akan terigatkan Hana . "Mugkin ini yang di katakan erti cinta" . Zack nekad untuk mendekati Hana walau dengan apa cara sekali pun . Masih jelas kejadian tertukarnya fail assigment antara dia dan Hana dalam benak fikirannya . Pada hari tersebut Zack terlalu sibuk kerana deadline bagi assigment nya sudah hampir . Dia perlu siapkan assigment tersebut walau apa-apa pun atau dia terpaksa mengulang semula semestarnya . Ketika kejadian itu Zack berada di kafeteria bersama dengan rakan-rakannya membincangkan projek semester akhir yang perlu disiapkan dalam masa terdekat . Zack merupakan pelajar jurusan TESL tahun akhir di kolej itu . Jadi dia terpaksa menyiapkan segala tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan . Kebetulan Hana juga berada di kafeteria tersebut dan mereka berdua duduk bersebelahan dengan meja masing-masing . Zack kesuntukkan masa . Dia perlu menyiapkan tugasan yang diberikan walau apa-apa cara sekali pun . Zack mengambil keputusan untuk pulang ke bilik nya untuk menyiapkan segala tugasannya . Dalam keadaan tergesa-gesa Zack tidak sedar yang dia telah mengambil fail assignment Hana tanpa usul periksa . Setelah beberapa minit kelibat Zack hilang dari kafeteria tersebut . Hana ketika itu sedang menjamu selera bersama akan sebiliknya,Wani . Sudah menjadi rutin harian mereka untuk makan bersama-sama walau sesibuk mana pun masing-masing . Selepas selesai menjamu selera,mereka mengambil keputusan untuk pulang ke bilik dahulu sebelum keluar semula untuk membeli sedikit barangan keperluan mereka . Dalam kesibukkan Hana mengemaskan barangnya,dia baru tersedar yang fail tugasannya telahpun hilang . Puas dia cari di sekeliling mejanya tapi masih tidak dijumpainya . Setelah hampir ingin berptus asa,Wani ternampak satu fail di atas meja sebelahnya . "Fail kau ke ni Hana ?"tanya Wani . Hana meneliti fail ersebut dan menyedari bahawa fail tersebut bukan miliknya . "Ni bukan aku yang punya.Bagi aku fail tu,biar aku tengok siapa yang punya" . Wani menyerahkan fail tersebut kepada Hana untuk meneliti siapa pemiliknya . Hana membelek fail tersebut mencari apa-apa tanda yang boleh menjadi bukti milik siapa fail tersebut . Hana terus membelek dan membelek,seketika perhatian Hana tertumpu kepada sebuah nama yang tertera di fail tersebut . "Zakaria bin Shukor" . Hana terfikir sejenak . Siapa pula dia ini,tak pernah pula aku kenal lelaki ini . Hana menjadi buntu,dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang . Dan yang paling penting macam mana dia nak cari lelaki ini,adakah lelaki tesebut telah tertukar fail dengan aku ? Hana sudah mati akal .

No comments:

Post a Comment